Acu Laser Prof Nik Omar

Acu Laser Prof Nik Omar
Kegunaan Laser LLLT Prof Nik ialah untuk meningkatkan metabolisma dan menguatkan sistem imuniti, tiada kesan sampingan, tiada dadah, tiada kimia, selamat dan boleh digunakan untuk satu keluarga - safe- effective, non-drugs, non-invasive - scientifically proven - patient friendly - maklumat lanjut sila hubungi 03 4042 2020 atau 019 9401915

Sunday, August 22, 2010

Rawatan Akupunktur Untuk Hernia atau Uluran




Hernia atau Uluran atau Angin Pasang
Kita mempunyai 4 pilihan untuk merawat kes-kes hernia, antaranya

1. Buat operation dan buang hernia, hanya 1 jam selseai pembedahan. Ini dapat dilakukan di hospital kerajaan atau swasta.

2. Kalau hernia peringkat awal, boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan homeopathy. Biasanya akan masa antara 3 hingga 6 bulan.

3. Buat akupunktur dan makan ubat homeopathy, seperti pesakit kita diatas.

4. Urat kampong.

Ingat dalam apa pun rawatan, doktor atau perawat tidak boleh memberi jaminan, doktor adalah manusia biasa yang 'kamu datang sendiri' untuk meminta khidmat nasihat dan rawatan. Warranty penyembuhan hanya dapat diberikan oleh Allah swt. Bukannya doktor.

Kita hanya ikhtiar, Allah menyembuhkan.

lain-lain maklumat, baca laman
http://drnikomar.tripod.com

Sunday, July 18, 2010

Selamatkan Buah Pinggang Anda


Khamis 11 Mac 2010 merupakan Hari Buah Pinggang Sedunia yang bertemakan

"Melindungi Buah Pinggang Anda-Kawal Diabetes"

SILA AMBIL PERHATIAN FAKTA TENTANG BUAH PINGGANG:

1. Dianggarkan seorang daripada 10 orang dewasa berdepan dengan pelbagai masalah kerosakan buah pinggang.

2. Setiap tahun lebih 2,500 orang berada pada tahap kegagalan akhir buah pinggan (ESRD) yang memerlukan rawatan dialisis berkala.

3. Sekitar tahun 1980, hanya 43 orang memerlukan bantuan dialisis tetapi pada 2006 jumlah itu meningkat menjadi 3152 orang.

4. Punca Peningkatan ini adalah disebabkan kenaikan jumlah pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi.

5. 55% daripada kegagalan buah pinggang tahap yang serius berpunca daripada penyakit diabetes mellitus/kencing manis.

6. Di Malaysia, lebih 2500 orang mengalami masalah ESRD atau 100 orang dalam sejuta populasi

7. Di Pulau Pinang saja, kadar rawatan mencecah hingga 181 orang dalam sejuta populasi!

8. Kajian 2006 menunjukkan ada 14,946 pesakit bergantung kepaDa mesin dialisis.

9. Kebergantungan pada dialisis meningkat dua kali ganda iaitu 52 orang pada 1997 menjadi 104 pada 2003. Sejak itu ia meningkat kepada 110 orang untuk setiap sejuta penduduk.

10. Kes dialisis pada 2006 ialah 3152 pertambahan lebih 50% dari jumlah pesakit buah pinggang yang direkodkan pada 2000.

Kenapa statistik sebegini mendadak meningkatnya pesakit buah pinggang di abad ini?

PUNCA UTAMA: Pemakanan yang berlebihan, banyak makan lemak, ubat-ubatan, kurangnya bersenam dan gaya hidup yang kurang sihat.

Cegah sebelum kena.

Gunalah Acu laser therapy yang cukup berkesan untuk membersihkan peredaran darah, sebelum terlambat.

Friday, July 16, 2010

Bagaimana Buah Pinggang Bekerja ?




Kedua-dua buah pinggang terletak atas sedikit daripada pinggang di belakang rongga abdomen. Arteri renal membawa darah daripada jantung ke buah pinggang. Satu tiub disebut ureter mengalirkan darah daripada setiap buah pinggang ke pundi-pundi. Setiap buah pinggang mengandungi lebih sejuta struktur berbentuk bola kecil dinamakan glomeruli. Glomeruli terletak di cortex atau bahagian luar buah pinggang. Fungsinya ialah menapis cecair mengandungi glukos, asid amino, garam dan bahan kotoran daripada darah.

Buah pinggang berupaya melakukan proses ini kerana darah daripada arteri renal memasuki buah pinggang dengan tekanan yang kuat. Tekanan ini memaksa cecair tadi ke medulla melalui heberapa tiub kecil. Tiub ini dikelilingi oleh saluran darah yang meresapkan zat dan air yang diperlukan tubuh. Darah yang ditapis tadi kemudian ke luar daripada buah pinggang melalui saluran renal dan membuat pusingan semula. Cecair yang ditapis ini mengandungi bahan kotoran yang terkumpul di dalam pundi-pundi kencing. Air kencing keluar daripada tubuh melalui satu lagi saluran yang dinamakan urethra. Kesemua sistem daripada buah pinggang ke urethra dikenali sebagai sistem buah pinggang.

Selain membersihkan darah, buah pinggang mengawal kandungan air dan garam yang terdapat di dalamnya. Umpamanya jika anda minum banyak air dengan cepat, air terus memasuki saluran darah dan mempunyai kesan mencairkan darah. Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing. Sama juga jika anda banyak berpeluh, tubuh kekurangan air dan air kencing berwarna pekat sehinggalah buah pinggang mengumpul jumlah air yang cukup.

Sistem buah pinggang yang sihat tidak mengandungi organisme mikro tan air kencing yang melaluinya telah dengan sendirinya disteril. Bagaimanapun, sistem ini boleh mendapat jangkitan jika bakteria di luar tubuh memasuki urethra dan sampai ke pundi-pundi kencing. Bakteria ini boleh merebak dan mungkin berjangkit pada buah pinggang, menyebabkan keradangan yang dinamakan pyelonephritis. Ini biasanya berlaku apabila aliran biasa air kencing tersekat. Bakteria terus membiak di dalam air kencing yang terkumpul.

Adakalanya perkara ini terjadi tanpa diketahui sebabnya. Orang yang sihat pun boleh mendapatnya. Wanita lebih mudah mendapat jangkitan kerana urethranya pendek menyebabkan Bakteria mudah memasuki buah pinggang. Kebanyakan kita membuang air kecil empat atau enam kali sehari. Jika lebih daripada itu, ini mungkin disebabkan oleh rasa cemas, jangkitan atau sesuatu yang berpunca daripada penyakit. Buat pemeriksaan doktor jika anda menghadapi masalah ini. Anda juga patut membuat pemeriksaan jika pengeluaran air kencing anda berkurangan. Ini mungkin disebabkan kekurangan air - dehidrasi (umpamanya selepas muntah-muntah atau cirit-birit) tetapi ini juga mungkin menjadi tanda akan kerosakan buah pinggang atau tersumbat.

Penyakit Buah Pinggang boleh disembuhkan melalui rawatan Homeopathy dan Acupuncture di tempat kami. Batu Karang
Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hhingga ke bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.

Buah pinggang gagal berfungsi

Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan tidak diperlukan. Buah pinggang termasuk dalam kumpulan 'organ utama' (seperti jantung, otak dan paru-paru).

Buah pinggang boleh rosak kerana beberapa penyakit. Antaranya ialah - :

1. Keturunan
2. Jangkitan
3. Kerosakan disebabkan penyakit seperti darah tinggi
4. Diabetes mellitus
5. Mengalami penyakit-penyakit lain yang mula berjangkit ke buah pinggang
6. Mengambil terlampau banyak bahan toksid seperti berlebihan asam dari makanan berjerok, bahan-bahan racun serangga dalam sayuran atau buah-buahan, toksid bahan-bahan pengawet dalam makanan, termapau banyak memakan makanan segera, dll
5. Rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat kencing manis, ubat darah tinggi, anti-biotik, steroid, dadah dan lain-lain atau beberapa sebab yang tidak diketahui.

Penyakit buah pinggang sukar difahami. Ia menyerang orang dewasa dan kanak-kanak sama ada orang itu sihat atau tidak atau bagaimana corak hidup seseorang.

Dua Cara Pilihan Untuk Rawatan Untuk
Penyakit Buah Pinggang.

1. Rawatan Cara Biasa di Hospital ( Allopathy )
2. Rawatan Mengikut Cara Homeopathy
3. Rawatan Mengikut Cara China - Akupunktur
4. Atau Kombinasi Cara rawatan Homeopathy + Akupunktur atau lebih dikenali sebagai 'Perubatan Integrasi'
5. Aku Laser adalah satu satu teknik terbaru merawat buah pinggang dengan cara akupunktur.

untuk maklumat lanjut cara dan kaedah rawatan homeopathy, anda boleh hubungi:
Kl 03 4042 2020

Bagaimana Buah Pinggang Berfungsi

Buah Pinggang Sebagai Penapis
BUAH PINGGANG berbentuk seperti kacang kacang merah dibelah dua dan berada dibahagian bawah pusat kearah belakang badan. Jika ia baik maka baiklah seluroh badan dan jika ia rusak, maka rusaklah seluroh badan.

DALAM perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan sebagai 'ibu pada segala cecair di dalam badan' dan daripada situ, wujudlah pula 'Yin dan Yang' Manakala perubatan barat pula mengistilahkan fungsi buah pinggang sama seperti Cina cuma ia lebih khusus lagi.

Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang baik diserap kedalam darah dan bahan yangtidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.

Thursday, July 15, 2010

Apa Kegunaan Laser Therapy Acupuncture

LLLT @ laser akupunktur adalah sejenis alat untuk kesihatan sejagat yang disyurkan oleh doktor untuk merawat kes-kes kronik seperti buah pinggang, tekanan darah tinggi, kencing manis, strok, jantung, kolestrol, pelancaran peredaran darah, dll.

Apakah Terapi laser ini dikaji secara saintifik ?


Ya, laser terapi ini telah dikaji secara saintifik sebelum dipasar dan digunakan. Malah laser ini telah digunakan oleh negara-negara barat sejak tahun 1960 dan amat berkesan untuk merawat kes-kes yang disebutkan. Terdapat 2,500 lapuran penyelidikan dan kajian saintifik yang telah dicetak dan 90% daripada kajian ini adalah hasil kajian klinikal yang berkesan dan telah diguna pakai diseluruh dunia.

Bagaimana laser ini Boleh Membantu Merawat Kanser ?


Kajian keatas tikus yang mengalami ketumbuhan ( tumor) didapati ketubuhan hilang ( completely disappear) setelah menjalani terapi ini secara sistematik.

Bolehkan leser ini digunakan bersama ubat-ubat hospital ?


Laser ini boleh dipakai dan boleh digunakan bersama ubat-ubat lain seperti ubat hospital, ubat homeopati, ubat herba atau makanan kesihatan lainnya.

Adakah ianya mabuk dengan durian atau makanan lain

Tidak, ianya tidak mabuk dengan apa-apa makanan sekali pun

Dimanakah alat ini boleh didapati


Apakah rawatan menyakitkan
Tdak rawatan ini tidak menyakit, dan tidak merasa apa-apa, ianya diletakkan dihujung hidung yang terdapat banyak saraf dan salah satu titik akupunktur yang bagus untuk meningkatkan immun sistem.

Alat ini boleh didapati di KL, Bangi, Damansara Utama, Shah Alam atau Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan. Sila dial no. 03 4042 2020 atau 019 9401915

Bagaimana Laser LLLT Prof Nik Boleh Membantu Merawat


Laser LLLT ialah sejenis laser akupunktur yang telah diguna pakai oleh ramai pesakit buah piggang, darah tinggi dan kencing manis di Amerika Syarikat, Canada, Russia, Cuba dan di China.

Di Malaysia ianya baru diperkenalkan oleh Syarikat Kiara Terbilang Sdn Bhd. Maklumat lanjut sila bawa dilaman bawah.

Sila baca U Tube disebelah dan hubungi ibu pejabat kami di KL 03 4042 2020

Rawatan Buah Pinggang dan PD

Berita Penyakit Buah Pinggang

Sejak akhir-akhir ini pengidap sakit buah pinggang telah bertambah begitu banyak sekali, dalam tempoh lebih 20 tahun, jumlah pesakit yang memerlukan dialisis di negara ini telah meningkat dengan begitu ketara.

Setiap tahun, lebih 2,500 pesakit disahkan menghidap kegagalan buah pinggang tahap lewat atau akhir (ESRF), bersamaan dengan kira-kira 100 orang bagi setiap sejuta penduduk.

Kadar ini terus meningkat dari 43 orang pesakit yang diterima menjalani dialisis pada tahun 1980 kepada 3,152 orang pada tahun 2006.

Pakar Runding Nefrologi, Datuk Dr. Zaki Morad Mohamad Zaher berkata, keadaan ini sebahagiannya berpunca daripada peningkatan kadar diabetes dan hipertensi (darah tinggi).

“Kira-kira 57 peratus daripada kes kegagalan buah pinggang lanjutan disebabkan oleh penyakit kencing manis atau diabetes melitus.

“Adalah penting bagi seseorang individu untuk merawat dan menguruskan penyakit buah pinggang seawal yang mungkin terutamanya jika mereka berada dalam kategori berisiko tinggi (diabetes dan darah tinggi).

“Jika tidak dikesan dan dirawat secara berkesan, ia boleh mengancam nyawa,’’ ujar beliau pada majlis mengumumkan pemenang peraduan Dreamcatcher yang dianjurkan oleh firma farmaseutikal Baxter Healthcare Malaysia buat julung kalinya, di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Ia dikhaskan untuk semua pesakit buah pinggang di seluruh negara yang menjalani rawatan dialisis peritoneal (PD), iaitu salah satu pilihan rawatan bagi pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang.

Mnurutnya, buah pinggang memainkan peranan penting menapis keluar kotoran di dalam darah dan mengeluarkan air yang berlebihan di dalam badan.

Di samping itu, ia turut membantu mengimbang tekanan darah, menghasilkan hormon untuk membantu tulang sum-sum menghasilkan sel-sel darah merah serta memelihara tulang yang sihat.

Apabila buah pinggang gagal berfungsi

* Kotoran terhasil di dalam darah membuatkan badan terasa gatal, hilang selera makan, diikuti dengan rasa mual dan muntah-muntah

* Air yang berlebihan yang terhasil di dalam badan mengakibatkan bengkak pada muka dan kaki. Ia juga boleh mengakibatkan sesak nafas

* Kekurangan hormon untuk membantu tulang sum-sum menghasilkan sel-sel darah merah boleh mengakibatkan kita kelihatan pucat dan sering terasa letih

* Kekurangan hormon untuk memelihara tulang boleh mengakibatkan penyakit yang ada kaitan dengan tulang seperti tulang reput

* Kekurangan hormon untuk mengimbangkan tekanan darah boleh mengakibatkan tekanan darah yang tidak terkawal (darah tinggi)

Dr. Zaki Morad yang juga seorang profesor dalam bidang perubatan dalaman berkata, penyakit buah pinggang kronik (CKD) berlaku apabila buah pinggang secara beransur-ansur kehilangan keupayaannya untuk berfungsi.

‘‘Ia merupakan penyakit senyap dan selalunya gagal dikesan kerana gejala-gejalanya mungkin tidak dirasai.

‘‘Bagaimanapun, tanda-tanda awal masalah buah pinggang boleh dikesan dengan ujian rutin air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah yang ringkas dan mudah,’’ katanya.

Berita baiknya lagi, CKD boleh ditangguhkan dan dicegah melalui ubat-ubatan dan perubahan gaya hidup sebaik sahaja masalah ini dapat dipastikan.

Pengesanan dan rawatan awal CKD dapat memperlahankan perkembangan pesakit memasuki tahap ESRF dan memerlukan dialisis.

Para pesakit yang didiagnosis dengan ESRF mempunyai tiga pilihan rawatan iaitu pemindahan buah pinggang, hemodialisis dan PD, kata Dr. Zaki Morad.

‘‘Dialisis ialah rawatan perubatan yang membantu pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan bendalir dan bahan buangan daripada darah.

‘‘Hemodialisis ialah jenis dialisis yang membersihkan darah anda dengan mengalirkan darah keluar daripada badan dan membersihkannya menerusi penapis yang dinamakan dialyzer (buah pinggang tiruan),’’ jelasnya.

Sebaliknya, PD dilakukan di dalam badan anda. Selaput nipis yang dinamakan membran peritoneum melapisi abdomen. Membran ini juga meliputi kesemua organ dalam rongga abdomen.

Ia separa telap, maksudnya hanya bahan tertentu boleh melalui selaput tersebut. PD menggunakan membran ini untuk menapis darah semasa dialisis.

Bagaimana proses PD berlaku?


Pertama sekali, tiub lembut yang dinamakan kateter dimasukkan secara pembedahan melalui dinding abdomen ke dalam rongga peritoneum.

Bergantung kepada jenis kateter yang diletakkan, sambungan kekal ini biasanya boleh digunakan untuk terapi dialisis peritoneum 10 hingga 14 hari selepas prosedur.

Kawasan di mana kateter itu dikeluarkan dari abdomen dipanggil exit site.

Kateter ini membolehkan larutan dialisis memasuki rongga peritoneum. Rongga peritoneum kemudian diisi dengan 2 hingga 3 liter cecair, yang boleg ditampung dengan selesa oleh orang dewasa.

Apabila larutan dialisis dimasukkan ke dalam rongga peritoneum, hasil buangan akan ditapis daripada aliran darah menerusi membran peritoneum ke dalam larutan dialisis.

Dari situ, bahan buangan akan dikeluarkan dari badan anda. Ini dinamakan fasa pengantaraan dalam pertukaran PD dan proses ini berlaku dalam tempoh beberapa jam setiap kali.

Kemudian, larutan dialisis yang telah digunakan disalurkan keluar dari rongga peritoneum dan digantikan dengan larutan baru. Penyaluran keluar dan penggantian larutan dialisis dinamakan pertukaran atau kitaran.

Jenis PD dan preskripsi rawatan yang dipilih akan menentukan bilangan pertukaran atau kitaran yang diperlukan sehari. Anda boleh memilih sama ada dialisis peritoneal ambulatori berterusan (CAPD) atau dialisis peritoneal automatik (APD).

CAPD – 4 hingga 5 tukaran sehari, yang disesuaikan dengan gaya hidup anda

Sebagai permulaan, kateter PD disambungkan kepada set tiub. Larutan yang berada dalam abdomen pada pertukaran sebelumnya, mesti disalur keluar dari rongga peritoneum ke dalam beg yang sudah tersambung.

Apabila cecair telah dikeluarkan sepenuhnya daripada rongga peritoneal, larutan dialisis baru disalur masuk melalui kateter, mengisi rongga peritoneum dengan jumlah cecair baru yang ditetapkan.

Beg dan set tiub kemudian ditanggalkan dan dibuang. Dalam fasa pengantaraan ini, apabila cecair berada dalam rongga peritoneum barulah dialisis sebenar atau penapisan bahan buangan dan cecair berlaku.

Kini, anda bebas menjalankan kegiatan harian sambil dialisis berlaku dalam rongga peritoneum anda.

Setiap pertukaran mengambil masa 30 minit dan dilakukan setiap 4 hingga 6 jam. Pertukaran malam terakhir kekal atau disimpan di dalam rongga peritoneum semalaman ketika anda tidur.

CAPD memberikan anda kebebasan untuk melakukan dialisis di rumah, tempat kerja malah semasa bercuti.

Anda boleh terus menikmati kehidupan tidak kira sama ada anda bekerja, bersekolah, mengembara mahupun melakukan hobi atau kegiatan lain seperti yang anda lakukan sebelum memulakan dialisis.

APD – Mesin dialisis waktu tidur, 10 jam sepanjang malam

Di sini, pertukaran atau kitaran larutan dialisis dilakukan oleh mesin semasa anda tidur. Sebelum tidur, kateter anda disambungkan kepada mesin APD. Mesin dan larutan diletakkan berhampiran katil.

Apabila anda tidur, mesin APD mengawal ketiga-tiga fasa kitaran, menyalur keluar larutan terpakai, mengisi larutan baru dan mengawasi masa larutan kekal dalam rongga peritoneum – masa penghantaran.

Pada waktu pagi, mesin melakukan isian terakhir bagi kebanyakan pesakit. Ini bermakna, larutan yang dimasukkan kekal dalam rongga peritoneum sehingga waktu tidur atau pertukaran seterusnya.

Apabila anda menanggalkan sambungan, anda bebas melakukan kegiatan harian seperti biasa.

Dalam kedua-dua kes, anda dan Unit Perubatan Buah Pinggang anda boleh membincangkan pilihan yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Penyakit Buah Pinggang Boleh Menyerang Siapa Sahaja Tidak Kira Umur

Dalam Dunia Moden hari ini, Penyakit buah pinggang boleh terjadi kepada siapa sahaja. Serangan penyakit ini dapat dilihat seawal budak hingusan yang berumur 4 atau 5 tahun sehingga orang dewasa.

20 tahun yang silam, amat jarang saya temui anak-anak kecil yang berumur 4 atau 5 tahun mengalami sakit buah pinggang. Tapi kini penyakit ini, semakin hari semakin meningkat. Suatu peraka yang amat membimbangkan ! Disaat saya menulis hari ini, sudah dua orang kanak-kanak yang berusia 5 dan 6 tahun datang ke kelinik saya untuk meminta nasihat dan membuat rawatan dan 6 orang dewasa yang datang termasuk lelaki dan perempuan.

Budak kecil berumur 5 tahun terpaksa memakan 10 biji pil prednisolone 0.5 mg ( satu biji 0.5 mg , 10 biji bererti 50 mg sehari) bayangkan streoid yang begitu kuat harus ditelan oleh seorang kanak-kanak !!


Kalau orang dewasa itu boleh dikatakan Ok kerana mereka tua, tetapi apa alasan yang harus diberi pada kanak-kanak seawal 5 tahun sudah mengalami penyakit ini.

Saya bersama ibu bapa kakak-kanak ini mencari cari jawapannya, antara kemungkinan berlakunya penyakit ini dikalangan kanak-kanak ialah:-

1. Mungkin disebabkan susu tin ( bukan susu ibu)
2. Keracunan dalam makanan segera kanak-kanak @

a) racun dalam jeruk-jeruk atau asam
b) racun serangga pada buah-buahan atau sayuran
c) bahan-bahan toksid dalam makanan bertin atau makanan segera.

3. Minuman bertoksid - Wallahualam.


Bila Meningkat Tua

Semakin seseorang meningkat tua, jumlah unit penapis di dalam buah pinggang berkurangan. Jika buah pinggang turut rosak kerana penyakit, penapis yang ada menjadi kurang berkesan dan bahan kotoran mungkin terkumpul di dalam darah. Kita juga harus ingat faktor-faktor utama yang menyebabkan penyempitan saluran darah di jantung turut menjejaskan buah pinggang. Mereka yang mengalami tekanan darah tinggi atau kencing manis lebih mudah mendapat masalah buah pinggang.

Kaedah Merawat Penyakit Buah Pinggang Dengan Perubatan Alternatif

Cara Rawatan Hospital Allopathy

Dialisis buah pinggang

Mengikut cara atau kaedah rawatan biasa (allopati), jika buah pinggang rosak teruk dan tidak boleh berfungsi walaupun mengikuti diet khusus, dialisis diperlukan, sama ada terus-menerus atau sehingga penderma buah pinggang ditemui.

Satu buah pinggang boleh berfungsi untuk dua tetapi jika kedua-duanya tidak lagi berfungsi, seseorang memerlukan pemindahan buah pinggang atau cara lain untuk menapis darah. Teknologi perubatan allopati hari ini telah mencipta proses dinamakan dialisis yang menapis darah melalui mesin buah pinggang tiruan apabila kedua-dua buah pinggang tidak boleh berfungsi lagi.

Pesakit yang mendapat rawatan dialisis dapat meneruskan hidup tetapi aktiviti hidup mereka semakin terbatas.
Biasanya pesakit yang sudah menjalani dialisis memerlukan masa sekurang-kurangnya 3 jam untuk membuat satu terapi pembersihan darah dan sekurang-kurangnya dialisis hendaklah dibuat 3 kali dalam seminggu. Rawatan ini mahal, memerlukan banyak masa terluang dan tidak semua pesakit boleh menerimanya.
Di Pusat-Pusat Dialisis Swasta ianya memerlukan sekurang-kurang RM 300 hingga RM 400 untuk sekali membuat dialisis.
Untuk satu bulan rawatan dialisis pesakit memerlukan sekurang-kurang RM 1,000.00

Masalah sering dihadapi ialah anaemia teruk dan pengambilan cecair berlebihan harus disekat.

Pemindahan buah pinggang

Secara teori, pemindahan buah pinggang nampak begitu mudah dengan mengeluarkan buah pinggang lama dan menggantikan dengan yang baru dan pesakit dapat menikmati kehidupan normal. Namun jika tubuh pesakit tidak dapat menerima buah pinggang baru, masalah akan timbul. Ini diatasi dengan mencari pesakit dan penderma yang mempunyai kaitan dan ubat diperlukan untuk mengurangkan tindakan balas yang dihadapi tubuh penerima.


Tanda-tanda Sakit Buah Pinggang kronik

Pesakit biasanya lemah, sering demam, sering kencing lebih-lebih lagi waktu malam. Jika dibiarkan tanpa rawatan, pesakit akan kehilangan berat badan, luka, gatal-gatal dan sedu. Kulit nampak kekuningan dan garisgaris warna coklat dilihat di kuku tangan.

Rawatan

Puncanya mesti dikenal pasti dan dirawat. Batu karang boleh dikeluarkan melalui pembedahan dan jangkitan kuman dirawat dengan ubat-ubatan. Jika kedua-duanya gagal, pesakit diberikan pemakanan tinggi karbohidrat dan rendah protein. Dialisis atau pemindahan buah pinggang diperlukan jika pesakti bertambah teruk.

Adakah pesakit bergantung pada mesin dialisis sepanjang hayatnya?

Rawatan dialisis diberikan selama tiga hingga empat jam tiga kali seminggu. Selain waktu tersebut, pesakit bebas aktif seperti orang lain.

Adakah pesakit yang menerima dialisis boleh bekerja?

Dengan rawatan dialisis, pesakit buah pinggang dapat hidup secara normal. Mereka boleh bekerja asalkan tidak melakukan kerja-kerja berat seperti kerja buruh. Pesakit ini juga patut meneruskan persekolahan dan boleh mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti rekreasi.

Apakah kesan dialisis ke atas kehidupan pesakit?

Kegagalan fungsi buah pinggang tidak bermakna berakhirnya kehidupan. Pesakit perlu mengikuti pemakanan khusus dan mengambil ubat-ubatan yang membantu dalam rawatan.

Adakah kegagalan buah pinggang jarang berlaku?

Setiap tahun kira-kira 1,890 orang dikesan menghidap penyakit buah pinggang dan akan mati tanpa rawatan yang betul. Kebanyakan pesakit berusia antara 15 hingga 55 tahun. Setiap tahun jumlah pesakit yang menerima rawatan penyakit buah pinggang semakin bertambah.

Bagaimana mengetahui sama ada anda mengidap penyakit buah pinggang?

Bagi sesetengah penyakit buah pinggang, terdapat tanda-tanda yang boleh dikenali. Umpamanya, terdapat darah dalam air kencing, bengkak sekeliling mata serta buku lali dan sering bangun kencing waktu malam. Tanda-tanda seperti ini memerlukan rawatan. Bagaimanapun banyak kes penyakit buah pinggang berlaku dalam diam dan tidak menampakkan sebarang tanda. Ia dikesan melalui pemeriksaan air kencing yang nampak tidak normal atau tekanan darah tinggi.

Rawatan Altenatif
Mengikut Kaedah Homeopathy


Sistem perubatan Homeopathy mempunyai caranya tersendiri untuk merawat kes-kes Penyakit Buah Pinggang [ Renal Failure] dengan memberi ubat-ubat yang sesuai;

Kes 1 : Mr.NAND- Umur 50 tahun.

Mr.NAND telah dimasukkan ke sebuah hospital setelah dirujukkan oleh sebuah klinik swasta dengan tanda-tanda yang jelas menunjukkan 'penyakit buah pinggang', kaki,perut, muka dan badan bengkak, air kecing mengandungan darah. Dan setelah membuat analisa dengan teliti doktor telah mengesahkan bahawa mengikut X-Ray,scan dan sebagainya, pesakit , MR NAND telah mengalami 'Renal Failure' dan memerlukan Dialysis buah pinggang secepat mungkin.

Mr.NAND cukup takut kepada dialisis kerana sebelum ini beliau telah lihat sendiri bahawa kakaknya juga meninggal dunia setelah satu tahun membuat dialisis.

Beliau takut lalu berjumpa dengan Prof Nik Omar seorang pakar homeopathy untuk mendengar pendapatnya.

Setelah perbincangan berlaku, beliau mengambil keputusan untuk katanya untuk 'mati dirumah' dan bertawakal untuk berubat dengan Prof Nik Omar.

Dengan beberap diet serta peraturan yang telah ditetapkan Mr NAND telah mula menjalani terapi homeopathy dengan formula baru 'Trinity of Homeopathy'

Dengan mengamalkan ubat-ubat yang dibekalkan seperti' Aconite, Belladonna, Apis Mel., Ars Alb., Hellebore, Cham., Bryonia, Lyco., Calendula, China Off, Spigelia' dengan kaedah permakanan yang khusus, dalam tempuh 3 bulan MR NAND telah pulih sepenuhnya dari tanda-tanda penyakit yang dialami sebelum ini.

Bila beliau kembali semula menemui 'doktor' di hospital tersebut, doktor hairan, bahawa dengan gejala-gejala dan tanda-tanda yang teruk sewaktu meninggalkan hospital, beliau sangka Mr NAND telah pun 'mati' tetapi Tuhan masih sayang MR NAND dan dia sembuh dan sihat sehingga ke hari ini.

Allah Maha Besar !!
Kita Ikhtiar Tuah Menyembuhkan !

Dalam hal-hal sebegini, kita hairan, masih ramai lagi orang-orang tidak percaya keupayaan penyembuhan yang ada pada ubat homeopathy.
Mereka masih tidak yakin, dan tidak percaya.
Apa salahnya kalau mereka sekadar memcuba dan berikhtiar secara homeopathy sebelum membuat sebarang dialysis.

sebab kami cukup yakin dengan adanya lebih dari 100 jenis ubat-ubat homeopathy untuk 'Penyakit Buah Pinggang', kita cukup yakin, bahawa rawatan homeopathy berupaya memberi rawatan alternatif yang baik kepada pesakit-pesakit Buah Pinggang.

Kini Sistem Perubatan Akupunktur Dari Amerika Syarikat
Memperkenalkan satu alat baru iaitu Acu Laser LLLT @ Laser Terapi Prof Nik bagi merawat kes-kes Buah Pinggang. Anda boleh dapati alat ini dengan call 03 4042 2020 atau call terus Prof Nik 019 9401915 waktu pejabat.

What Is Dialysis - Apa Yang Anda Harus Ketahui Tentang Dialysis






In medicine, dialysis (from Greek "dialusis", meaning dissolution, "dia", meaning through, and "lysis", meaning loosening) is primarily used to provide an artificial replacement for lost kidney function in people with renal failure. Dialysis may be used for those with an acute disturbance in kidney function (acute kidney injury, previously acute renal failure) or for those with progressive but chronically worsening kidney function–a state known as chronic kidney disease stage 5 (previously chronic renal failure or end-stage kidney disease).

The latter form may develop over months or years, but in contrast to acute kidney injury is not usually reversible, and dialysis is regarded as a "holding measure" until a renal transplant can be performed, or sometimes as the only supportive measure in those for whom a transplant would be inappropriate.[1]

The kidneys have important roles in maintaining health. When healthy, the kidneys maintain the body's internal equilibrium of water and minerals (sodium, potassium, chloride, calcium, phosphorus, magnesium, sulfate). Those acidic metabolism end products that the body cannot get rid of via respiration are also excreted through the kidneys. The kidneys also function as a part of the endocrine system producing erythropoietin and 1,25-dihydroxycholecalciferol (calcitriol). Erythropoietin is involved in the production of red blood cells and calcitriol plays a role in bone formation.[2] Dialysis is an imperfect treatment to replace kidney function because it does not correct the endocrine functions of the kidney. Dialysis treatments replace some of these functions through diffusion (waste removal) and ultrafiltration (fluid removal).[3]
Contents


* 1 History
* 2 Principle
* 3 Types
o 3.1 Hemodialysis
o 3.2 Peritoneal dialysis
o 3.3 Hemofiltration
o 3.4 Intestinal dialysis


History

Dr. Willem Kolff, a Dutch physician, constructed the first working dialyzer in 1943 during the Nazi occupation of the Netherlands.[4] Due to the scarcity of available resources, Kolff had to improvise and build the initial machine using sausage skins, drinks cans, a washing machine and various other items which were available at the time. Over the following two years, Kolff treated 16 patients who suffered from acute kidney failure using his machine, but the results proved unsuccessful. Then in 1945 a 67 year old woman in uremic coma regained consciousness following 11 hours of haemodialysis with the dialyzer, and lived for another 7 years before passing away of an unrelated condition. This was the first patient to ever be successfully treated with dialysis.[4]

Principle

Dialysis works on the principles of the diffusion of solutes and ultrafiltration of fluid across a semi-permeable membrane. Diffusion describes a property of substances in water. Substances in water tend to move from an area of high concentration to an area of low concentration.[5] Blood flows by one side of a semi-permeable membrane, and a dialysate, or special dialysis fluid, flows by the opposite side. A semipermeable membrane is a thin layer of material that contains various sized holes, or pores. Smaller solutes and fluid pass through the membrane, but the membrane blocks the passage of larger substances (for example, red blood cells, large proteins).[5]

The two main types of dialysis, Hemodialysis (HD) and Peritoneal dialysis (PD), remove wastes and excess water from the blood in different ways.[1] Hemodialysis removes wastes and water by circulating blood outside the body through an external filter, called a dialyzer, that contains a semipermeable membrane. The blood flows in one direction and the dialysate flows in the opposite. The counter-current flow of the blood and dialysate maximizes the concentration gradient of solutes between the blood and dialysate, which helps to remove more urea and creatinine from the blood. The concentrations of solutes (for example potassium, phosphorus, and urea) are undesirably high in the blood, but low or absent in the dialysis solution and constant replacement of the dialysate ensures that the concentration of undesired solutes is kept low on this side of the membrane. The dialysis solution has levels of minerals like potassium and calcium that are similar to their natural concentration in healthy blood. For another solute, bicarbonate, dialysis solution level is set at a slightly higher level than in normal blood, to encourage diffusion of bicarbonate into the blood, to act as a pH buffer to neutralize the metabolic acidosis that is often present in these patients. The levels of the components of dialysate are typically prescribed by a nephrologist according to the needs of the individual patient. In peritoneal dialysis, wastes and water are removed from the blood inside the body using the peritoneal membrane as a natural semipermeable membrane. Wastes and excess water move from the blood, across the peritoneal membrane, and into a special dialysis solution, called dialysate, in the abdominal cavity which has a composition similar to the fluid portion of blood.

Types


There are two primary types of dialysis and another two types in addition, they are namely hemodialysis , peritoneal dialysis, and thirdly investigational type and finally intestinal dialysis.

Hemodialysis and Home hemodialysis


In hemodialysis, the patient's blood is then pumped through the blood compartment of a dialyzer, exposing it to a partially permeable membrane. The dialyzer is composed of thousands of tiny synthetic hollow fibers. The fiber wall acts as the semipermeable membrane. Blood flows through the fibers, dialysis solution flows around the outside the fibers, and water and wastes move between these two solutions.[6] The cleansed blood is then returned via the circuit back to the body. Ultrafiltration occurs by increasing the hydrostatic pressure across the dialyzer membrane. This usually is done by applying a negative pressure to the dialysate compartment of the dialyzer. This pressure gradient causes water and dissolved solutes to move from blood to dialysate, and allows the removal of several litres of excess fluid during a typical 3 to 5 hour treatment. In the US, hemodialysis treatments are typically given in a dialysis center three times per week (due in the US to Medicare reimbursement rules); however, as of 2007 over 2,500 people in the US are dialyzing at home more frequently for various treatment lengths.[7] Studies have demonstrated the clinical benefits of dialyzing 5 to 7 times a week, for 6 to 8 hours. This type of hemodialysis is usually called "nocturnal daily hemodialysis", which a study has shown a significant improve in both small and large molecular weight clearance and decrease the requirement of taking phosphate binders. [8] These frequent long treatments are often done at home while sleeping, but home dialysis is a flexible modality and schedules can be changed day to day, week to week. In general, studies have shown that both increased treatment length and frequency are clinically beneficial.[9]

Peritoneal dialysis


In peritoneal dialysis, a sterile solution containing glucose is run through a tube into the peritoneal cavity, the abdominal body cavity around the intestine, where the peritoneal membrane acts as a semipermeable membrane.The peritoneal membrane or peritoneum is a layer of tissue containing blood vessels that lines and surrounds the peritoneal, or abdominal, cavity and the internal abdominal organs (stomach, spleen, liver, and intestines). [10] The dialysate is left there for a period of time to absorb waste products, and then it is drained out through the tube and discarded. This cycle or "exchange" is normally repeated 4-5 times during the day, (sometimes more often overnight with an automated system). Each time the dialysate fills and empties from the abdomen is called one exchange. A dwell time means that the time of dialysate stay in patient's abdominal cavity - wastes, chemicals and extra fluid move from patient's blood to the dialysate across the peritoneum. A drain process is the process after the dwell time, the dialysate full with waste products and extra fluid is drained out of patient's blood. [11] Ultrafiltration occurs via osmosis; the dialysis solution used contains a high concentration of glucose, and the resulting osmotic pressure causes fluid to move from the blood into the dialysate. As a result, more fluid is drained than was instilled. Peritoneal dialysis is less efficient than hemodialysis, but because it is carried out for a longer period of time the net effect in terms of removal of waste products and of salt and water are similar to hemodialysis. Peritoneal dialysis is carried out at home by the patient. Although support is helpful, it is not essential. It does free patients from the routine of having to go to a dialysis clinic on a fixed schedule multiple times per week, and it can be done while traveling with a minimum of specialized.

Bahasa Melayu

Mengikut kaedah perubatan biasa @ allopathy, setiap pesakit yang dikenal pasti buah pinggangnya telah rusak ( renal failure) mereka dinasihatkan untuk menjalani dialysis. Tetapi bagi orang-orang yang penyakit buah pinggangnya tidak begitu teruk, masih boleh dirawat secara homeopathy, akupunktur atau laser therapy.

Perlu diingatkan bahawa rawatan alternatif bukanlah mengantikan dialysis, cuma ianya sekadar komplemen bagi perubatan biasa.

Jangan tunggu hari esok untuk merawat
Kelewatan boleh membunuh anda

Kita Ikhitar, Allah Yang Menyembuhkan

laser-profnik: Apakah Perubatan Alternatif

laser-profnik: Apakah Perubatan Alternatif: "Perubatan Biasa atau dikenali sebagai perubatan moden, juga dikenali dalam bahasa perubatan sebagai allopathy. Perubatan ini diguna pakai ol..."

Apakah Perubatan Alternatif

Perubatan Biasa atau dikenali sebagai perubatan moden, juga dikenali dalam bahasa perubatan sebagai allopathy. Perubatan ini diguna pakai oleh semua hospital kerajaan dan juga swasta. Dan doktor-doktornya berkelulusan MBBS atau surgery.

Perubatan ini adalah pendukong Kesihatan Negara.

Selain dari perubatan biasa yang cara pengamalannya menggunakan drugs, dadah, steroid, pembedahan, juga sangat baik untuk kemalangan, patah, jantung dan juga kecemasan lainnya.

Selain dari perubatan biasa, semua jenis perubatan lain, iaitu:-
Homeopathy, Akupunlktur, Kaedah Perubatan Melayu, Natropathy, Yoga, Ayuveda, Sinseh., akupunktur laser therapy adalah perubatan alternatif .

Anda boleh buat pilihan mengikut kehendak dan kesesuaian penyakit anda:
1. Dukun dan Bomoh - bagus untuk menrawat kes-kes hantu atau buatan orang jahat.

2. Osteopati atau Bomoh Tulang Patah : Sesuai untuk penyakit patah-patah tulang

3. Homeopathy Bagus untuk penyakit kronik - gastrik, asthma, sakit sendi tulang ,dll

4. Akupunktur - Menghilangkan kesakitan tanpa dadah seperti migrin, sakit pinggang, lumbago, scitica, sakit bahu, dll

5. Aku Laser - Laser boleh digunakan untuk meratawty kes-kes kronik seperti sakit buah pinggang, kenacing manis, darah tinggi, kolestrol, strok dan lain-lain.

Untuk mengenali lebih dekat sila layari laman
http://fahom.xaper.com

Wednesday, July 14, 2010

Penyakit Buah Pinggang - Nephrotic Syndrome


Untuk rawatan Penyakit Buah Pinggang, peaskit tidak ada banyak pilihan.
Hendak atau tidak hendak, perubatan barat ada beberapa pilihan, antaranya

1. Kalau penyakit Buah Pinggang belum serius - doktor akan bagi ubat steroid prednisolone 0.5 mg sehinggan 50 mg sekali makan atau lebih.

2. Jika buah pinggang sudah tahak kritikal, buat dialysis ( cuci Buah piggang )

Itu sahaja dua pilihan yang ada

Caracara lain boleh di cuba ialah:

1. Boleh cuba kaedah akupunktur dengan menggunakan alat laser acupuncture ( acu laser) Akupunktur tanpa jarum

2. Boleh buat akupunktur dengan jarum atau

3. Rawatan Dengan Homeopathy.

Yang mana terbaik: Semua cara adalah satu ikhtiar, tepuk dada tanya selera, yang mana yang anda suka, cubalah dan ikhtiarlah berubata agar anda cepat baik.
Selebihnya berdoalah kepada Allah swt.

Monday, July 12, 2010

Tanda-Tanda Penyakit ADHD

Tanda yang sering ditemui:

* Sering tidak hirau araha , selalu buat kerka tidak sudah atau kerja-kerja lain.
* Tidak memberi tumpuan bila bermain atau kerja
* Cepat bosan
* Gelisah
* Tidak Boleh Tidur malam - tidur siang hari
* Perangai songsang dan tidak hirau orang lain.


Rawatan Homeopathy dan akupunktur amat sesuai.

Signs and symptoms of ADHD


* Often fails to pay close attention to details or makes careless mistakes in schoolwork or other activities
* Often has trouble sustaining attention during tasks or play
* Seems not to listen even when spoken to directly
* Has difficulty following through on instructions and often fails to finish schoolwork, chores or other tasks
* Often has problems organizing tasks or activities
* Avoids or dislikes tasks that require sustained mental effort, such as schoolwork or homework
* Frequently loses needed items, such as books, pencils, toys or tools
* Can be easily distracted
* Often forgetful

People With ADHD

Richard Branson
ADD/ADHD Rebel Billionaire; Founder & CEO of the multi-billion dollar Virgin empire, is ADHD and Dyslexic, but he found a way to make his ADD/ADHD work for him. He could have struggled all his life trying to "fit in" by suppressing his ADHD. Instead he "broke-out" into fame, fortune & wild success, because he embraced the hidden genius behind his ADD/ADHD.

* Virgin Air is my favorite ailine whenever I try in Australia.