Acu Laser Prof Nik Omar

Acu Laser Prof Nik Omar
Kegunaan Laser LLLT Prof Nik ialah untuk meningkatkan metabolisma dan menguatkan sistem imuniti, tiada kesan sampingan, tiada dadah, tiada kimia, selamat dan boleh digunakan untuk satu keluarga - safe- effective, non-drugs, non-invasive - scientifically proven - patient friendly - maklumat lanjut sila hubungi 03 4042 2020 atau 019 9401915

Friday, July 16, 2010

Bagaimana Buah Pinggang Berfungsi

Buah Pinggang Sebagai Penapis
BUAH PINGGANG berbentuk seperti kacang kacang merah dibelah dua dan berada dibahagian bawah pusat kearah belakang badan. Jika ia baik maka baiklah seluroh badan dan jika ia rusak, maka rusaklah seluroh badan.

DALAM perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan sebagai 'ibu pada segala cecair di dalam badan' dan daripada situ, wujudlah pula 'Yin dan Yang' Manakala perubatan barat pula mengistilahkan fungsi buah pinggang sama seperti Cina cuma ia lebih khusus lagi.

Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang baik diserap kedalam darah dan bahan yangtidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.

No comments:

Post a Comment